Sunday, June 16, 2013

Minggu Bahasa Malaysia SK Bukit Baru 2012

Panitia Bahasa Malaysia SK Bukit Baru telah menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia 2012. Majlis perasmian tersebut telah diadakan pada hari Isnin, 13 Februari yang lalu. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar, Datin Hjh Norishah binti Harun. Di dalam ucapan perasmian tersebut, beliau menekankan penggunaan Bahasa Malaysia dengan betul oleh murid-murid. Beliau turut menggesa murid-murid agar mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan sempena Minggu Bahasa Malaysia ini. Sepanjang seminggu program ini, terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Membina Karangan Pendek Berkomputer, Pertandingan Menghias Teks Berkomputer, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Mengeja, Teka Silang Kata dan sebagainya. Majlis penyampaian hadiah untuk pemenang akan disampaikan pada hari Isnin ini, 27 Februari 2012.

No comments:

Post a Comment