Sunday, June 16, 2013

Bengkel Motivasi & Teknik Menjawab Soalan UPSR

Sila klik untuk melihat lebih banyak gambar
Pada 10 & 11 Januari 2012 yang lalu, bengkel Motivasi & Teknik Menjawab Soalan UPSR Siri 1 telah diadakan di Makmal Komputer SK Bukit Baru. Bengkel yang diadakan selama 2 hari itu dihadiri oleh murid-murid Tahun 6. Pada hari pertama, bengkel Bahasa Melayu dikendalikan oleh Encik Kamarozzaman dan Matematik oleh Encik Mohd Yusof. Pada hari kedua, bengkel Bahasa Inggeris dikendalikan oleh Puan Emylyza dan Sains oleh Puan Arbaiyah. Program ini bertujuan untuk mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang betul kepada murid-murid. Diharapkan dengan adanya bengkel ini, murid-murid dapat bersedia untuk menghadapi UPSR akan datang.

No comments:

Post a Comment