Sila klik pada gambar untuk melihat lebih banyak gambar
Sunday, June 16, 2013
Kem Bestari Solat Tahun 1
Sempena Program Transisi dan Guru Penyayang 2012 untuk murid-murid Tahun 1, satu slot keagamaan diselitkan dalam program tersebut iaitu Kem Bestari Solat.
Kem Bestari Solat merupakan aktiviti yang dijalankan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perlakuan. Untuk murid-murid Tahun 1 ini, mereka diajar untuk berwudhu' dengan sempurna, mengetahui perlakuan dalam solat dengan sempurna serta mengetahui bacaan-bacaan dalam solat.
Dalam slot KBS ini, murid-murid didedahkan dengan perlakuan dan bacaan dalam solat. Ustaz dan ustazah J-QAF bertindak sebagai fasilitator untuk memimpin bacaan dalam solat dan menunjuk cara perlakuan dalam solat dengan sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment