Program ini yang melibatkan hampir 20 orang pegawai dan staf daripada BTPN Melaka. Mereka banyak membantu kerja-kerja keceriaan fizikal PSS dan memastikan setiap aspek penilaian telah disempurnakan.
Sunday, June 16, 2013
Program Khidmat Bantu PSS
Alhamdulillah. 2013 menyaksikan sekali lagi penyertaan PSS Kasturi SKBB ke peringkat kebangsaan. Dalam usaha untuk menjayakannya, pihak BTPN Melaka telah mengadakan Program Khidmat Bantu untuk menolong pihak PSS SKBB.
Program ini yang melibatkan hampir 20 orang pegawai dan staf daripada BTPN Melaka. Mereka banyak membantu kerja-kerja keceriaan fizikal PSS dan memastikan setiap aspek penilaian telah disempurnakan.
Program ini yang melibatkan hampir 20 orang pegawai dan staf daripada BTPN Melaka. Mereka banyak membantu kerja-kerja keceriaan fizikal PSS dan memastikan setiap aspek penilaian telah disempurnakan.
Guru Besar baru di SKBB
Pada 11 Jun yang lalu, genaplah 90 hari Puan Hajah Azizah binti Jakiriyah memulakan tugas sebagai Guru Besar di SK Bukit Baru. Dalam tempoh yang singkat, banyak program pembangunan sekolah yang telah beliau jalankan dan rancangkan.
Kami, warga SKBB mengalu-alukan kehadiran Puan Hjh Azizah dan berharap semoga SKBB terus cemerlang di bawah pentadbiran beliau.
Best of Luck,boss!
Kami, warga SKBB mengalu-alukan kehadiran Puan Hjh Azizah dan berharap semoga SKBB terus cemerlang di bawah pentadbiran beliau.
Best of Luck,boss!
Sambutan Hari Guru 2012
Pada 16 Mei, 2012 yang lalu, SK Bukit Baru telah menyambut Hari Guru peringkat sekolah. Acara dimulakan dengan bacaan Yassin dan Doa Selamat oleh Tuan Haji Faizul Hidayat. Acara diteruskan dengan bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran oleh Puan Hjh Zaharah Shafee. Diikuti dengan ucapan daripada Datin Hjh Norishah, Guru Besar SK Bukit Baru.
Kemudian, guru-guru SK Bukit Baru menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan lagu tema Hari Guru 2012 serta bacaan ikrar Hari Guru.
Acara diteruskan dengan penyerahan cenderahati daripada Badan Pengawas kepada para guru. Kemudian, sukaneka dijalankan dengan permainan Bola Jaring oleh guru lelaki dan futsal untuk guru perempuan.
Selepas waktu rehat, acara diteruskan dengan persembahan oleh murid-murid dan guru-guru. Persembahan murid yang terdiri daripada murid Tahun 6 sangat menghiburkan dan berjaya menarik perhatian. Persembahan daripada petikan filem Bujang Lapok telah berjaya dilakonkan dengan baik.
Persembahan daripada guru juga menghiburkan. Usaha 2 orang pengembara mencari mahaguru tanpa lelah berjaya mencuit hati penonton.
SKBB Juara Kalam Jamaie Melaka Tengah!
Tahniah diucapkan kepada anak-anak Kalam Jamaie SK Bukit Baru kerana telah berjaya mempertahankan kejuaraan untuk kali ketiga berturut-turut sebagai Johan Kalam Jamaie di dalam Festival Kalam Jamaie (SR) Peringkat Daerah Melaka Tengah pada hari Khamis, 29 Mac, 2012 yang lepas.Festival tersebut yang berlangusng di Dewan SK Tanjung Minyak telah menyaksikan penyertaan daripada 18 buah sekolah rendah di sekitar Melaka Tengah. Kumpulan ini diketuai oleh Ustazah Maznah Harun juga melibatkan murid-murid dari Tahun 2-5.Kemenangan ini akan melayakkan SK Bukit Baru ke peringkat negeri pada 5 hingga 8 April 2012 di MITC, Ayer Keroh bersempena Karnival Pendidikan Melaka 2012.
Page SK Bukit Baru
Akhirnya, page SK Bukit Baru telah berjaya dihasilkan. Page ini dibina bertujuan untuk membina hubungan yang lebih interaktif di kalangan warga SK Bukit Baru.Oleh itu, Unit ICT sangat mengalu-alukan semua warga SKBB untuk 'Like' page ini. Anda boleh berbuat demikian dengan klik link ini : Page SK Bukit Baru atau dengan buat carian 'SK Bukit Baru' di kotak carian.
English Story Telling Level 2
SK Bukit Baru telah menghantar seorang wakil dalam English Story Telling Competition yang bertempat di SK Ayer Keroh pada hari Rabu, 26 Mei, 2012 yang lalu. SK Bukit Baru diwakili oleh murid Tahun 6, adik Nur Aliah Syafirah.Di dalam pertandingan tersebut, SK Bukit Baru telah berjaya mendapat tempat keempat dan menerima sebuah piala dan sijil penghargaan.
Penilaian Pertandingan PSS Peringkat Kebangsaan
Pada hari pada hari Isnin, 26 Mei, 2012 yang lalu, hakim bagi Pertandingan Pusat Sumber Sekolah telah hadir untuk menilai kecemerlangan PSS SK Bukit Baru. SK Bukit Baru merupakan calon tunggal daripada Negeri Melaka bagi pertandingan tersebut.Di dalam pertandingan tersebut, banyak kriteria yang diambil kira untuk melayakkan sesebuah sekolah untuk memenangi pertandingan tersebut. Ini termasuklah aspek terpenting iaitu dokumentasi melibatkan Pustakaan, Bilik Tayang, Pusat Akses, Bilik BBM dan Makmal Komputer. Persiapan rapi telah dibuat sejak penghujung bulan Februari yang lalu bagi memastikan SK Bukit Baru berjaya dalam pertandingan tersebut.Pada hari berkenaan, dua orang hakim iaitu Encik Bachok dan Puan Rohana daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara telah sudi untuk menilai PSS SK Bukit Baru. Tuan Haji Khalid bin Takim dan En Abu Selihan daripada BTPN Melaka juga telah sudi mengiringi hakim-hakim tersebut.Semoga kemenangan pertandingan PSS ini akan berpihak kepada SK Bukit Baru. InsyaAllah
Jamuan Perpisahan En Mohd Yusof & Pn Zaida
SK Bukit Baru berasa sangat kehilangan apabila 2 orang guru yang berpengalaman luas telah berpindah keluar ke SK Tun Syed Ahmad Shahbuddin. Mereka ilah En Mohd Yusof dan Puan Zaida.
En Mohd Yusof yang merupakan Guru Cemerlang Matematik memohon untuk berpindah kerana rumah baru beliau terletak berhampiran dengan kawasan Durian Tunggal. Berpegang kepada prinsip tidak mahu sekolah terlalu jauh daripada rumah, beliau dengan berat hati memohon keluar daripada SKBB.
Puan Zaida yang merupakan guru Bahasa Melayu Tahun 1 sebelum ini mempunyai kelulusan dalam opsyen Prasekolah. Beliau diarahkan berpindah kerana keperluan untuk mengisi kekosongan guru Prasekolah yang baru dibuka di sana.
Sempena dengan itu, majlis perpisahan secara sederhana telah diadakan di Bilik Sains Kasturi, SK Bukit Baru pada hari Khamis, 1 Mac, 2012 yang lalu. Guru Besar, Datin Hjh Norishah melahirkan rasa dukacita di atas perpindahan mereka berdua tetapi tetap menyokong perkembangan kerjaya mereka di tempat baru.
Semoga En Mohd Yusof dan Puan Zaida akan terus sukses di dalam kerjaya mereka.
Minggu Bahasa Malaysia SK Bukit Baru 2012
Panitia Bahasa Malaysia SK Bukit Baru telah menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia 2012. Majlis perasmian tersebut telah diadakan pada hari Isnin, 13 Februari yang lalu.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar, Datin Hjh Norishah binti Harun. Di dalam ucapan perasmian tersebut, beliau menekankan penggunaan Bahasa Malaysia dengan betul oleh murid-murid. Beliau turut menggesa murid-murid agar mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan sempena Minggu Bahasa Malaysia ini.
Sepanjang seminggu program ini, terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Membina Karangan Pendek Berkomputer, Pertandingan Menghias Teks Berkomputer, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Mengeja, Teka Silang Kata dan sebagainya.
Majlis penyampaian hadiah untuk pemenang akan disampaikan pada hari Isnin ini, 27 Februari 2012.
Bengkel Motivasi & Teknik Menjawab Soalan UPSR
Sila klik untuk melihat lebih banyak gambar
Pada 10 & 11 Januari 2012 yang lalu, bengkel Motivasi & Teknik Menjawab Soalan UPSR Siri 1 telah diadakan di Makmal Komputer SK Bukit Baru. Bengkel yang diadakan selama 2 hari itu dihadiri oleh murid-murid Tahun 6.
Pada hari pertama, bengkel Bahasa Melayu dikendalikan oleh Encik Kamarozzaman dan Matematik oleh Encik Mohd Yusof. Pada hari kedua, bengkel Bahasa Inggeris dikendalikan oleh Puan Emylyza dan Sains oleh Puan Arbaiyah.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang betul kepada murid-murid. Diharapkan dengan adanya bengkel ini, murid-murid dapat bersedia untuk menghadapi UPSR akan datang.
Kem Bestari Solat Tahun 1
Sempena Program Transisi dan Guru Penyayang 2012 untuk murid-murid Tahun 1, satu slot keagamaan diselitkan dalam program tersebut iaitu Kem Bestari Solat.
Kem Bestari Solat merupakan aktiviti yang dijalankan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perlakuan. Untuk murid-murid Tahun 1 ini, mereka diajar untuk berwudhu' dengan sempurna, mengetahui perlakuan dalam solat dengan sempurna serta mengetahui bacaan-bacaan dalam solat.
Dalam slot KBS ini, murid-murid didedahkan dengan perlakuan dan bacaan dalam solat. Ustaz dan ustazah J-QAF bertindak sebagai fasilitator untuk memimpin bacaan dalam solat dan menunjuk cara perlakuan dalam solat dengan sempurna.
Sila klik pada gambar untuk melihat lebih banyak gambar
Selamat Datang Tahun 2012
Seluruh warga SK Bukit Baru mengucapkan Selamat Datang Tahun 2012. Semoga dengan kehadiran 2012 akan lebih memberikan kecemerlangan kepada semua. Diharapkan kedatangan tahun 2012 menyuntik semangat baru kepada guru-guru dan murid-murid terutamanya untuk calon UPSR 2012.
Lawatan Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
TARIKH :9 NOVEMBER 2011HARI : RABU
Satu lawatan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan pada 3 November 2011 (Khamis) bagi memantau Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Sebanyak 3 buah sekolah terpilih dalam Negeri Melaka iaitu SK Simpang Empat, SJK(C) When Hwa dan SK Bukit Baru. Lawatan beliau telah dimulakan dengan taklimat daripada GPK HEM yang mewakili Guru Besar yang terpaksa berkursus di Johor Bahru.
Selepas itu, beliau telah melihat sendiri proses P&P MBMMBI yang telah dijalankan di Makmal Komputer dan akhir sekali di Pusat Sumber yang menjadi tempat rujukan guru-guru dan murid-murid bagi program tersebut.
Diharap program yang dilaksanakan berjaya dan dapat memartabatkan Bahasa Malaysia di persada dunia selain mempertingkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan warga Malaysia khususnya murid-murid di sekolah.
Bersalam dengan Guru dan Staf
KHAMIS, 15 SEPTEMBER 2011Selepas Solat Hajat, satu lagi program telah diatur untuk murid-murid tahun 6 pada keesokan harinya. Selepas rehat, semua murid tahun 6 telah bersalam dengan semua guru dan staf pejabat bagi memohon keberkatan ilmu dan restu guru-guru. Mudah-mudahan keputusan UPSR pada tahun ini bertambah cemerlang..... Insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)