Monday, July 27, 2015

Proposal Kajian Tindakan


 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

 

Nama dan Alamat Sekolah

SK BUKIT BARU

KM.5, BUKIT BARU

MELAKA

 

 

Nama Pengkaji

ROSMAWATI BINTI ABU NONG

 

 

Tajuk Kajian

MY AURA CLOTHES LINE: MENINGKATKAN ANALISA PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN DALAM KALANGAN PELAJAR 4 AMANAH.

 

 
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Program NILAM merupakan salah satu program yang dirangka bagi memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid. Dengan terhasilnya program ini maka akan terlahirkan satu golongan murid yang berketrampilan dan berpengetahuan tinggi. Sememangnya murid-murid diberi kebebasan untuk memilih buku atau bahan-bahan ilmiah yang dibaca dan dicatat di dalam buku NILAM. Namun begitu, adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila analisa pinjaman buku di perpustakaan bagi Kelas 4 Amanah kurang memuaskan bagi sesi persekolahan 2011. Memandangkan mereka ini merupakan golongan murid-murid elit, seharusnya analisa pinjaman buku bagi kelas 4 Amanah berada di tahap yang  membanggakan dan dapat menjadi contoh kepada kelas-kelas yang lain. Perkara ini tidak seharusnya berlaku memandangkan koleksi buku di perpustakan telah melebihi nisbah yang sepatutnya.

Berdasarkan analisa pinjaman buku di perpustakaan bagi tahun lepas hanya 10 orang murid sahaja yang meminjam buku di perpustakaan sepanjang tahun. Selebihnya langsung tidak pernah meminjam buku di perpustakaan. Sememangnya angka yang diperolehi ini membuatkan saya terpanggil untuk membuat kajian tindakan bagi mencari punca dan cara penyelesaian masalah.

Sebagai Guru Perpustakaan dan Media sekolah, saya telah berusaha bagi menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan di perpustakaan menggunakan peruntukan PCG yang telah ditetapkan. Disamping itu juga, pihak pusat sumber sekolah mengalu-alukan sumbangan orang-orang perseorangan bagi memenuhi keperluan koleksi pusat sumber dan menaik taraf pusat sumber bagi tujuan keselesaan warga sekolah.  Pada pendapat saya, masalah kekurangan bahan bacaan di perpustakaan bukanlah punca tercetusnya masalah rendahnya analisa pinjaman buku di perpustakaan bagi kelas 4 Amanah.

Pelbagai soalan yang berlegar-legar diminda bagi merungkai permasalahan ini. Apakah jenis bahan bacaan yang diperlukan oleh murid-murid 4 Amanah? Adakah saya perlu membawa buku untuk dipinjam ke kelas 4 Amanah?  Bagaimanakah cara atau promosi yang perlu saya laksanakan bagi menggalakkan pinjaman buku di perpustakaan? Siapakan yang perlu memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah ini? Apabila saya membincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa pusat sumber, pelbagai andaian telah diperolehi. Ada guru mengatakan yang pelajar hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang di dalam pelajaran.  Ada juga yang mengaitkan kedudukan perpustakaan yang kurang strategik menjadi punca permasalahan ini. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?

         Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menarik minat murid-murid ke perpustakaan. Pelbagai kaedah dan promosi telah dijalankan bagi menggalakkan murid-murid meminjam buku. Namun begitu, analisa pinjaman buku di perpustakaan bagi kelas 4 Amanah masih kurang memuaskan. Besarlah harapan saya, agar kajian tindakan yang bakal saya laksanakan ini dapat memberi impak yang positif terhadap seluruh warga sekolah.

 

Fokus Kajian

Kajian tindakan ini lebih berfokus kepada permasalahan rendahnya analisa pinjaman buku perpustakaan bagi kelas 4 Amanah.  Isu ini perlu diatasi bagi melahirkan calon tokoh NILAM yang berpotensi tinggi. Disamping itu juga, penggunaan koleksi bahan di perpustakaan yang optimum merupakan salah satu kriteria yang digunapakai semasa pusat sumber menjadi wakil negeri ke pertandingan ‘Pusat Sumber Cemerlang’ di peringkat kebangsaan.

Saya telah menyenaraikan beberapa faktor yang mungkin menjadi punca permasalahan ini. Fakor-faktor tersebut ialah :

o   Kedudukan perpustakaan yang kurang strategik.

o   Koleksi bahan bacaan yang terhad bagi sesetengah jenis koleksi.

o   Sistem Automasi yang tidak lancar.

o   Sikap murid-murid yang tidak minat membaca.

 

Dengan mengenal pasti faktor-fakor yang menjadi punca permasalahan ini, saya berharap agar ‘ubat’ yang dirangka akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Secara langsung, melalui pembacaan akan dapat memperkaya ilmu pengetahuan murid-murid yang boleh digunakan semasa membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis serta membolehkan murid-murid menulis karangan dengan lebih baik.

 

Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar adalah diharap akan mencapai objektif berikut:

 

i.    Objektif Umum

Kaedah ‘My Aura Clothes Line’ akan dapat meningkatkan minat murid-murid untuk meminjam dan merekod bahan bacaan dari pusat sumber. Secara langsung meningkatkan peratusan pencapaian NILAM sekolah.

 

ii.    Objektif Khusus

 

·         Membantu murid mencapai sasaran pengiktirafan NILAM.

·         Meningkatkan analisa pinjaman buku di perpustakaan.

·         Persediaan untuk menyediakan calon tokoh NILAM yang berketrampilan dan berkualiti pada tahun hadapan.

 

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 33 orang pelajar Tahun 4 Amanah yang terdiri daripada  10 orang pelajar lelaki dan 23 orang pelajar perempuan.

 
Tindakan Yang Dicadangkan

i.   Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

·         Analisa pinjaman buku bagi tahun 2011.

·         Analisa pinjaman buku bagi bulan Januari hingga Mac 2012.

 

 

ii.            Program ‘My Aura Clothes Line'

Cara Pelaksanaan:

a.       Origami berbentuk baju kemeja dihasilkan bagi mewakili murid-murid secara individu.

b.       Nama dan gambar murid lekatkan pada origami yang dihasilkan bagi menarik minat murid-murid.

c.       Murid-murid akan mendapat 1 pelekat bagi setiap 2 buku yang dipinjam di perpustakaan atau ‘Mini Library’. Pelekat hanya akan diberikan setelah murid merekod  kedua-dua maklumat buku yang telah dibaca ke dalam buku rekod NILAM.

d.       1 pelekat mewakili 2 buah buku yang dibaca dan di catat. Pelekat bewarna kuning bagi buku Bahasa Inggeris manakala pelekat bewarna merah jambu bagi buku Bahasa Malaysia.

 





 
Buku Bahasa Malaysia
 
 





 

 







  HADIAH     MINGGUAN
 
Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan buku yang telah dibaca. 1 buku mewakili 1 markah.
 
 
Buku Bahasa Inggeris
 

 

 






e. Dua minggu sekali, penghargaan akan diberikan kepada 3 orang murid yang aktif meminjam dan merekod.









 

 
f.        Peminjam aktif mingguan akan mendapat pelekat khas untuk ditampal pada origami baju masing-masing.

 
  KUMPUL DAN MENANG

Kiraan Markah


Johan           : 5 Markah
Naib Johan   : 4 Markah
Ketiga           : 3 Markah
 
   
 

 
 
 
 
 





g.       Proses di atas akan diteruskan sehingga tamat tempoh kajian. Peminjam yang paling aktif akan dipilih berdasarkan mata yng dikumpul.

MARKAH
KATEGORI
5 markah
Johan Mingguan
4 markah
Naib Johan Mingguan
3 markah
Ketiga Mingguan
2 markah
Buku Bahasa Inggeris
1 markah
Buku Bahasa Malaysia

h.       5 murid yang tertinggi akan ke peringkat seterusnya ‘Hot Nilam!‘.

Mereka akan melalui beberapa peringkat penilaian sebelum diiktiraf sebagai pemenang.

i.         5 pelajar yang terbaik keseluruhan akan diberi ganjaran.

NILAIAN HADIAH
JOHAN
Wang Tunai RM15.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
NAIB JOHAN
Wang Tunai RM13.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
KETIGA
Wang Tunai RM10.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
SAGUHATI
Wang Tunai RM 5.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
SAGUHATI
Wang Tunai RM 5.00
Piala
Sijil Pengiktirafan

 

j.         Murid-murid yang berpotensi akan dikenalpasti bagi melahirkan calon Tokoh NILAM yang berketrampilan dan berkualiti tinggi.

 

iii.           Literasi Maklumat

Cara Pelaksanaan:

a.       Penerangan berkaitan perjalanan program yang bakal dilaksanakan diberi kepada murid-murid.

o   Murid perlu meminjam dan merekod buku perpustakaan yang telah di baca ke dalam buku NILAM untuk mendapatkan pelekat bewarna.

o   Guru menerangkan berkaitan koleksi buku. Sistem Perpuluhan Dewey diperkenalkan sebagai maklumat tambahan kepada murid-murid.

o   Murid-murid diberi kebebasan untuk memilih jenis bahan bacaan yang digemari. Mata ganjaran hanyalah berdasarkan bahasa iaitu:

 Bahasa Inggeris      -           2 mata

Bahasa Melayu        -           1 mata

iv.           HOT NILAM!

o   Hanya 5 orang pelajar yang layak sahaja akan melalui peringkat ini. Mereka yang terpilih adalah murid yang mendapat mata tertinggi.

o   Peringkat 1- Murid akan mengarang sebuah esei berdasarkan tajuk yang diberikan. “Aku Permata Keluarga”.

o   Peringkat  2 – Murid akan melalui ujian lisan.  Murid diberi kebebasan untuk melakukan apa saja persembahan dalam bentuk lisan.

~ Bercerita                             ~ Menyanyi

~ Bersajak                             ~ Berpantun

~ Bersyair                              ~ Lain-lain yang sesuai.

o   Peringkat 3 – Murid perlu menghasilkan  ‘bigbook’.

o   Tokoh akan dipilih berdasarkan pungutan markah yang tertinggi.

Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.

Jadual Pelaksanaan Kajian

 

BIL
AKTIVITI
TARIKH PELAKSANAAN
CATATAN
1
Mengenalpasti masalah dan membuat tinjauan awal , pengumpulan data awal.
14 .5. 2012
 
2.
Menulis proposal
15 .5.2012
 
3
Merancang tindakan
3.1 Permohonan kebenaran menjalankan kajian.
 
18 .5. 2012
 
 
3.2 Temu bual murid/guru
22.5. 2012
 
 
3.3 Persediaan bahan-bahan untuk kajian.
22- 30 .5. 2012
 
 
3.4 Penerangan kepada murid. (Literasi Maklumat)
12 . 6 . 2012
 
 
4
Penerangan berkaitan perjalanan program.
26.6. 2012
 
5
Membincangkan masalah yang timbul.
28.6. 2012
 
6
Pengumpulan Data
1. 7 . 2012 –
30 . 9 . 2012
 
7
Refleksi Kajian
1 .10.  2012
 
8
Menulis laporan kajian
2 .10 . 2012
 
9
Pembentangan dapatan kajian
Oktober 2012
 

 

 

Kos Kajian

 

BIL
JENIS BAHAN
KUANTITI x HARGA SEUNIT
JUMLAH KOS
1.
Kertas A4
1 x RM 10.00
RM 10.00
2.
Printer Cartridge 
1 x RM 50.00
RM 50.00
3.
Hadiah
 
RM 100.00
4.
Potostat Bahan dan laporan kajian
 
RM 20.00
5.
Alat tulis
 
RM 30.00
 
JUMLAH
 
RM 210.00

 

 

No comments:

Post a Comment