Nama dan Alamat Sekolah
SK BUKIT BARU
KM.5, BUKIT BARU
MELAKA
Nama Pengkaji
ROSMAWATI
BINTI ABU NONG
Tajuk Kajian
MY AURA CLOTHES LINE: MENINGKATKAN
ANALISA PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN DALAM KALANGAN PELAJAR 4 AMANAH.
Program NILAM merupakan salah satu program yang dirangka bagi memupuk
minat membaca dalam kalangan murid-murid. Dengan terhasilnya program ini maka
akan terlahirkan satu golongan murid yang berketrampilan dan berpengetahuan
tinggi. Sememangnya murid-murid diberi kebebasan untuk memilih buku atau
bahan-bahan ilmiah yang dibaca dan dicatat di dalam buku NILAM. Namun begitu,
adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila analisa pinjaman buku di
perpustakaan bagi Kelas 4 Amanah kurang memuaskan bagi sesi persekolahan 2011.
Memandangkan mereka ini merupakan golongan murid-murid elit, seharusnya analisa
pinjaman buku bagi kelas 4 Amanah berada di tahap yang membanggakan dan dapat menjadi contoh kepada
kelas-kelas yang lain. Perkara ini tidak seharusnya berlaku memandangkan
koleksi buku di perpustakan telah melebihi nisbah yang sepatutnya.
Berdasarkan analisa pinjaman buku di perpustakaan bagi tahun lepas hanya
10 orang murid sahaja yang meminjam buku di perpustakaan sepanjang tahun.
Selebihnya langsung tidak pernah meminjam buku di perpustakaan. Sememangnya angka
yang diperolehi ini membuatkan saya terpanggil untuk membuat kajian tindakan
bagi mencari punca dan cara penyelesaian masalah.
Sebagai Guru Perpustakaan dan Media sekolah, saya telah berusaha bagi
menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan di perpustakaan menggunakan peruntukan
PCG yang telah ditetapkan. Disamping itu juga, pihak pusat sumber sekolah
mengalu-alukan sumbangan orang-orang perseorangan bagi memenuhi keperluan koleksi
pusat sumber dan menaik taraf pusat sumber bagi tujuan keselesaan warga sekolah. Pada pendapat saya, masalah kekurangan bahan
bacaan di perpustakaan bukanlah punca tercetusnya masalah rendahnya analisa
pinjaman buku di perpustakaan bagi kelas 4 Amanah.
Pelbagai soalan yang berlegar-legar diminda bagi merungkai permasalahan
ini. Apakah jenis bahan bacaan yang
diperlukan oleh murid-murid 4 Amanah? Adakah saya perlu membawa buku untuk
dipinjam ke kelas 4 Amanah? Bagaimanakah
cara atau promosi yang perlu saya laksanakan bagi menggalakkan pinjaman buku di
perpustakaan? Siapakan yang perlu memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah
ini? Apabila saya membincangkan
perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa pusat sumber, pelbagai
andaian telah diperolehi. Ada guru mengatakan yang pelajar hari ini malas
membaca dan suka disuapkan apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk membolehkan
mereka cemerlang di dalam pelajaran. Ada
juga yang mengaitkan kedudukan perpustakaan yang kurang strategik menjadi punca
permasalahan ini. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi
menangani masalah ini?
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menarik minat
murid-murid ke perpustakaan. Pelbagai kaedah dan promosi telah dijalankan bagi
menggalakkan murid-murid meminjam buku. Namun begitu, analisa pinjaman buku di
perpustakaan bagi kelas 4 Amanah masih kurang memuaskan. Besarlah harapan saya,
agar kajian tindakan yang bakal saya laksanakan ini dapat memberi impak yang
positif terhadap seluruh warga sekolah.
Fokus Kajian
Kajian tindakan ini lebih berfokus kepada
permasalahan rendahnya analisa pinjaman buku perpustakaan bagi kelas 4 Amanah. Isu ini perlu diatasi bagi melahirkan calon
tokoh NILAM yang berpotensi tinggi. Disamping itu juga, penggunaan koleksi
bahan di perpustakaan yang optimum merupakan salah satu kriteria yang
digunapakai semasa pusat sumber menjadi wakil negeri ke pertandingan ‘Pusat
Sumber Cemerlang’ di peringkat kebangsaan.
Saya telah menyenaraikan beberapa faktor yang
mungkin menjadi punca permasalahan ini. Fakor-faktor tersebut ialah :
o Kedudukan perpustakaan yang kurang strategik.
o Koleksi bahan bacaan yang terhad bagi sesetengah
jenis koleksi.
o Sistem Automasi yang tidak lancar.
o Sikap murid-murid yang tidak minat membaca.
Dengan mengenal pasti
faktor-fakor yang menjadi punca permasalahan ini, saya berharap agar ‘ubat’
yang dirangka akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Secara langsung,
melalui pembacaan akan dapat memperkaya ilmu pengetahuan murid-murid yang boleh
digunakan semasa membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis serta membolehkan murid-murid
menulis karangan dengan lebih baik.
Objektif Kajian
Selepas
kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar adalah diharap akan mencapai
objektif berikut:
i. Objektif Umum
Kaedah ‘My
Aura Clothes Line’ akan dapat meningkatkan minat murid-murid untuk meminjam dan
merekod bahan bacaan dari pusat sumber. Secara langsung meningkatkan peratusan
pencapaian NILAM sekolah.
ii.
Objektif Khusus
·
Membantu murid mencapai sasaran pengiktirafan NILAM.
·
Meningkatkan analisa pinjaman buku di perpustakaan.
·
Persediaan untuk menyediakan calon tokoh NILAM yang
berketrampilan dan berkualiti pada tahun hadapan.
Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 33 orang pelajar
Tahun 4 Amanah yang terdiri daripada 10
orang pelajar lelaki dan 23 orang pelajar perempuan.
Tindakan Yang Dicadangkan
i.
Tinjauan Masalah
Sebelum
langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan
lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data
seperti berikut:
·
Analisa pinjaman buku bagi
tahun 2011.
·
Analisa pinjaman buku bagi
bulan Januari hingga Mac 2012.
ii.
Program ‘My Aura Clothes Line'
Cara Pelaksanaan:
a.
Origami berbentuk baju
kemeja dihasilkan bagi mewakili murid-murid secara individu.
b.
Nama dan gambar murid
lekatkan pada origami yang dihasilkan bagi menarik minat murid-murid.
c.
Murid-murid akan mendapat
1 pelekat bagi setiap 2 buku yang dipinjam di perpustakaan atau ‘Mini Library’.
Pelekat hanya akan diberikan setelah murid merekod kedua-dua maklumat buku yang telah dibaca ke
dalam buku rekod NILAM.
d.
1 pelekat mewakili 2 buah
buku yang dibaca dan di catat. Pelekat bewarna kuning bagi buku Bahasa Inggeris
manakala pelekat bewarna merah jambu bagi buku Bahasa Malaysia.
|
||||||||||
|
||||||||||
e. Dua minggu sekali, penghargaan akan diberikan kepada 3 orang murid yang aktif meminjam dan merekod.
f.
Peminjam aktif mingguan
akan mendapat pelekat khas untuk ditampal pada origami baju masing-masing.
KUMPUL DAN MENANG Kiraan Markah Johan : 5 Markah Naib Johan : 4 Markah Ketiga : 3 Markah |
|
g.
Proses
di atas akan diteruskan sehingga tamat tempoh kajian. Peminjam yang paling
aktif akan dipilih berdasarkan mata yng dikumpul.
MARKAH
|
KATEGORI
|
5 markah
|
Johan Mingguan |
4 markah
|
Naib Johan Mingguan
|
3 markah
|
Ketiga Mingguan
|
2 markah
|
Buku Bahasa Inggeris
|
1 markah
|
Buku Bahasa Malaysia
|
h.
5
murid yang tertinggi akan ke peringkat seterusnya ‘Hot Nilam!‘.
Mereka akan melalui
beberapa peringkat penilaian sebelum diiktiraf sebagai pemenang.
i.
5 pelajar
yang terbaik keseluruhan akan diberi ganjaran.
NILAIAN HADIAH
|
JOHAN
Wang Tunai RM15.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
|
NAIB JOHAN
Wang Tunai RM13.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
|
KETIGA
Wang Tunai RM10.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
|
SAGUHATI
Wang Tunai RM 5.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
|
SAGUHATI
Wang Tunai RM 5.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
|
j.
Murid-murid
yang berpotensi akan dikenalpasti bagi melahirkan calon Tokoh NILAM yang
berketrampilan dan berkualiti tinggi.
iii.
Literasi Maklumat
Cara Pelaksanaan:
a.
Penerangan berkaitan
perjalanan program yang bakal dilaksanakan diberi kepada murid-murid.
o Murid perlu meminjam dan merekod buku perpustakaan yang telah di baca
ke dalam buku NILAM untuk mendapatkan pelekat bewarna.
o
Guru
menerangkan berkaitan koleksi buku. Sistem Perpuluhan Dewey diperkenalkan sebagai
maklumat tambahan kepada murid-murid.
o
Murid-murid
diberi kebebasan untuk memilih jenis bahan bacaan yang digemari. Mata ganjaran
hanyalah berdasarkan bahasa iaitu:
Bahasa Inggeris - 2 mata
Bahasa
Melayu - 1 mata
iv.
HOT NILAM!
o
Hanya
5 orang pelajar yang layak sahaja akan melalui peringkat ini. Mereka yang
terpilih adalah murid yang mendapat mata tertinggi.
o
Peringkat
1- Murid akan mengarang sebuah esei berdasarkan tajuk yang diberikan. “Aku
Permata Keluarga”.
o
Peringkat
2 – Murid akan melalui ujian lisan. Murid diberi kebebasan untuk melakukan apa
saja persembahan dalam bentuk lisan.
~
Bercerita ~
Menyanyi
~
Bersajak ~
Berpantun
~
Bersyair ~
Lain-lain yang sesuai.
o
Peringkat
3 – Murid perlu menghasilkan ‘bigbook’.
o
Tokoh
akan dipilih berdasarkan pungutan markah yang tertinggi.
Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya
melaksanakan tinjauan awal.
Jadual
Pelaksanaan Kajian
BIL
|
AKTIVITI
|
TARIKH
PELAKSANAAN
|
CATATAN
|
1
|
Mengenalpasti masalah dan membuat tinjauan awal ,
pengumpulan data awal.
|
14 .5. 2012
|
|
2.
|
Menulis proposal
|
15 .5.2012
|
|
3
|
Merancang tindakan
3.1 Permohonan kebenaran menjalankan kajian.
|
18 .5. 2012
|
|
|
3.2 Temu bual murid/guru
|
22.5. 2012
|
|
|
3.3 Persediaan bahan-bahan untuk kajian.
|
22- 30 .5. 2012
|
|
|
3.4 Penerangan kepada murid. (Literasi Maklumat)
|
12 . 6 . 2012
|
|
4
|
Penerangan berkaitan perjalanan program.
|
26.6. 2012
|
|
5
|
Membincangkan masalah yang timbul.
|
28.6. 2012
|
|
6
|
Pengumpulan Data
|
1. 7 . 2012 –
30 . 9 . 2012
|
|
7
|
Refleksi Kajian
|
1 .10. 2012
|
|
8
|
Menulis laporan kajian
|
2 .10 . 2012
|
|
9
|
Pembentangan dapatan kajian
|
Oktober 2012
|
|
Kos Kajian
BIL
|
JENIS BAHAN
|
KUANTITI x HARGA SEUNIT
|
JUMLAH
|
1.
|
Kertas
A4
|
1 x RM 10.00
|
RM 10.00
|
2.
|
Printer
Cartridge
|
1 x RM 50.00
|
RM 50.00
|
3.
|
Hadiah
|
|
RM 100.00
|
4.
|
Potostat
Bahan dan laporan kajian
|
|
RM 20.00
|
5.
|
Alat
tulis
|
|
RM 30.00
|
|
JUMLAH
|
|
RM 210.00
|